Friday, February 24, 2017

Kanser Payudara : belajar meluah rasa

Beberapa hari lepas saya terdiam sekejap bila terlihat sesuatu yang menyedihkan.
"Berapa lama dah makcik jadi macam ni? Ada beritahu sesiapa atau anak-anak?"
Saya pandang dia, sambil gosok-gosok bahunya. 
.
.
.
Mula cerita, seorang makcik lingkungan 60an datang ke klinik bersama anaknya. Mengadu sakit belakang (tulang belikat) yang tidak hilang dengan ubat tahan sakit, malah menjadi lebih teruk sejak kebelakangan ini.
"Mari makcik, saya tolong periksa".
Dari bahagian tulang belakang, saya terus periksa. Ada beberapa benjolan (bengkak) kelenjar limfa di ketiak kanannya.


Sesuatu yang saya jangka, benar-benar di depan mata. Tahulah saya punca sakit tulang belikatnya. Kelihatan beberapa keping kertas tisu bersama beberapa jalur sellotape, menutupi hampir keseluruhan payudara kanannya. Saya buka balutan. Darah meleleh dan berbau. Tiada lagi bentuk nipple dan areola. Hilang bentuk dan diganti dengan luka (ulcer) yang besar, bernanah dan berdarah.
Sedihnya Ya Tuhan..


Ianya kelihatan seperti breast cancer. Sakit belakang dan tulang belikat itu tentunya berkait rapat dengan merebaknya tumor (ketumbuhan) dari payudara.
"Makcik tak pernah beritahu sesiapa?"
Dia menggeleng kepala. Katanya luka dah berbulan-bulan lamanya. Dari kecil menjadi besar sehingga bernanah dan berdarah. Sakit belakang itu mengatasi sakit luka di hadapan.
"Emak cuma mengadu sakit belakang. Yang lainnya kami tak tahu" jelas anaknya.


Ini bukannya waktu menuding jari mencari salah siapa.
Mengapa begitu dan begini.
Ini waktunya memberi jalan kemana dan bagaimana hendak dirawat.
Setelah dipujuk dan dijelaskan kepada makcik & menantunya, akhirnya saya merujuk kes ke hospital besar pada hari yang sama.

Adik & kakak,
saudara dan sahabat perempuan semua.
Kita ini perempuan yang banyak memendam dan menyimpan cerita.
Jika ada yang tidak kena,
Luahkan,
Kongsikan,
Jangan dipendam derita.
Belajar berkongsi rasa, meluah cerita.







Kenal pasti tanda-tanda awal abnormaliti pada payudara





Kenal pasti tanda-tanda awal abnormaliti pada payudara





 


Jika ada sebarang abnormaliti pada payudara, segeralah berjumpa doktor ya!


No comments:

Subscribe

Flickr