Wednesday, February 15, 2017

Membesarkan anak hebat dengan susu ibu


Bagi ibu-ibu yang mengandung & ibu yang menyusukan anak (terutamanya yang berkerja), saya suka sarankan mereka beli buku ni. Saya pun ada senaskah (beli di MPH) dan saya sayang bangat buku ni.

Awak, banyak kelebihannya bila kita mula mencari ilmu & info berkenaan breastfeeding sejak kita disahkan mengandung. Mudah-mudahan kita lebih bersedia, terutamanya bila berdepan dengan masalah dengan breastfeeding.

Dugaan setiap orang bukannya sama. Ada yang cuaca cerah hingga ke petang, ada yang hujan lebat sampai banjir air mata (sayalah tu) hehe.

Buku MEMBESARKAN ANAK HEBAT DENGAN SUSU IBU ini ditulis oleh Dr Faridah Idris yang juga merupakan Perunding Penyusuan yang bertauliah. Ada banyak fakta penyusuan yang dikongsikan dengan cara yang menarik dalam bentuk jadual berwarna serta langkah demi langkah yang jelas dan mudah difahami (boleh rujuk gambar untuk lihat topik-topik yang dibincangkan).


 Antara topik-topik yang dibincangkan
Menarikkan?

Mencari info bukan setakat dengan buku sahaja, sekarang ramai Perunding Penyusuan yang rajin berkongsi ilmu breastfeeding secara online.

Saya ada sahabat di Sg Petani, Mak Bidan Moden (Nurliza Elami). Walaupun bukan medical staff, dia pun pergi Kursus Laktasi tau. Katanya, sambil mengurut orang lepas bersalin, sekaligus dia boleh bantu beri panduan pada ibu-ibu yang mungkin ada kemusykilan tentang breastfeeding.
.
.
Nahh.. Mencari ilmu itu tiada batasnya, kan?
.
.
.
Ikhlas,
Dari saya yang sentiasa support breastfeeding.




No comments: