Friday, February 24, 2017

Mengandung ; bila kena buka buku antenatal?


"Kak ingat, bila umur 48 tak datang period ni, kak dah menopause. Rupanya ada yang bergerak dalam perut. Bila buat ultrasound, baby dah cecah saiz 34 minggu."

"Kak tak pergi buka buku, tak pernah scan. Anak ke 11 ni doktor." Sambung dia lagi. Haru. Tak tau nak marah ke nak sedih. Huu.
(Ini sekadar contoh, kisah 3 bulan lepas, dia dah dirujuk ke hospital pun)
Rupanya, banyak orang tak tahu, pentingnya buka buku cek mengandung lebih awal.
Kita yang mana satu?
a)Tak tahu langsung
b)Tahu dan faham
c)Tahu, tapi tak jelas.
d)Tahu, tapi buat-buat tak tahu
(Kalau 'd', tak mau kawan ah! Haha)




Sebenarnya, bila dah disahkan mengandung, kita boleh terus pergi buka buku antenatal. Kalau anak sulung lagi teruja, kan?
"Nak tunggu baby besar sikit boleh?"
Boleh. Tapi sebaiknya mestilah sebelum atau pada 12 minggu kandungan.

Sebab apa kena buka buku awal (sebelum atau pada 12minggu)?
1)Dating scan diperingkat awal : untuk tentukan tarikh due date. Yang ni penting, terutama sekali kalau kita lupa tarikh period, atau period tak tetap.
2)Pemeriksaan awal bagi ibu yang berisiko kerana ada masalah perubatan. Contohnya, kes diabetes, darah tinggi, asthma/lelah, obesiti dan lain-lain.
3)Untuk kenal pasti kes yang berisiko (selain masalah perubatan) contohnya kandungan kembar, sejarah pembedahan bagi kandungan sebelumnya, sejarah anak meninggal di dalam perut, masalah kecacatan bayi atau genetik dan lain-lain.

Yang penting kita utamakan kesihatan ibu dan bayi sejak dari peringkat awal kandungan lagi.

"Kalau dah terlambat juga macam mana?"
Kalau dah terlambat, tetap kena pergi booking dan buka buku juga. Jangan sebab dah lambat, kita pun buat rilek je, tak ada usaha.
Rezeki Allah bagi. Anak kita, waris kita, sayang kan?

No comments: