Pantai Bagan Lalang

February 16, 2017
Jangan takut bermain lumpur.
_
Pantai Bagan Lalang ini, bermula tengahari hingga ke petang, airnya surut jauh dan akan pasang semula menjelang maghrib.

Nampaknya anak-anak boleh tahan lasaknya. Silap haribulan terus bermandi lumpur. Teruja mencari siput dan anak ketam. Niat sebenar nak mencari pepahat tapi pepahat tak pula jumpa.

Buat masa sekarang, setiap sabtu kami sekeluarga akan ke pantai. Mandi laut waktu pagi dan mencari siput pada sebelah petang.


Irfan si sulung



Alya yang kedua



Sofea si bongsu








Sebulan kami disini. Alhamdulillah, ternyata sabar itu ada manisnya.
Gembira anak-anak, gembiralah saya.

-
Pantai Bagan Lalang,
Bagan lalang, Selangor

No comments:

Powered by Blogger.