Food

Pasar Ikan Segar Bagan Lalang

February 16, 2017


Ya ampun, senyum sampai telinga dapat tengok ikan segar. Ini merupakan 'plus point' dapat tinggal disini, cuma 5-7minit dari rumah.
Banyak jenis pilihan ikan (eg; kerapu, jenahak, senangin, siakap, ikan merah, bawal, bawal emas) sotong, ketam, lala, pepahat dan lain-lain. Memang segar-segar baq hang!

Dari segi harga rasanya 'standard', tak murah mana. Yang sempat saya tengok tadi, bawal emas & bawal hitam rm32 sekilo. Kerapu rm40 sekilo. Tapi kan, lain perasaannya dapat makan ikan elok. 

Lain kali kami nak survey waktu nelayan sampai. Mana tahu dapat yang lebih murah lagi.


Disebabkan peti ais kami belum sampai dari Sg Petani, tak boleh nak simpan barang basah. Beli seekor ikan bawal emas je, cukup sekali masak untuk tengahari.







Bagaimana nak ke mari?

Kalau sampai di simpang masuk Pantai Bagan Lalang, waze Restoran Terapung HM Sri Bagan.
Pasar ikan ni depan Restoran Terapung HM tu saja. Buka dari pagi sampai petang.
.
.
.
.



Kami dah cuba kerapu harimau tiga rasa di Restoran terapung HM Sri Bagan.
 Kerapu harimau rm6 untuk 100g, siap masak tiga rasa. Ikan segar, memang sedap 👍👍 
.
.
.




You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook