Vaksin Haji dan Umrah

Di sini saya kongsikan sedikit tentang imunisasi wajib dan tambahan yang diperlukan bagi Jemaah Haji dan Umrah.


Imunisasi  wajib dan tambahan yang ada di Klinik Siti Tanjung Sepat, Klinik Siti Banting & Klinik Siti Taman Perwira.


  1. Imunisasi wajib :-
    • Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) - mencegah jangkitan meningitis
      • Suntikan wajib untuk semua jemaah haji - arahan pihak berkuasa Arab
      • Perlu diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ke Tanah Suci
      • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama tiga (3) tahun
      • Jika sebelumnya pernah mendapat vaksin yang sama, pastikan bahwa waktu pemberiannya tidak lebih dari tiga tahun sebelumnya.
 2. Imunisasi tambahan/ pilihan 
Jangkitan saluran pernafasan sering berlaku di kalangan jemaah haji dan boleh menyebabkan komplikasi dan kematian.

Bakal jemaah haji dan umrah amat digalakkan mengambil suntikan Imunisasi pilihan ini untuk membina daya pertahanan badan melawan penyakit sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bakal jemaah terutama yang berusia 60 tahun ke atas atau berusia 50 tahun ke atas dan mempunyai masalah kesihatan (seperti lelah, sakit jantung, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin, imunodefisiensi dan lain-lain) amat digalakkan mendapat suntikan vaksin influenza dan pneumococcal sebagai satu cara mengelakkan penyakit berjangkit. 

Terbaik diambil sebulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.

  • Vaksin Influenza (jangkitan virus influenza termasuk H1N1)
    • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 1 tahun.
  • Vaksin Pneumokokus (mencegah jangkitan paru-paru yang disebabkan oleh bakteria)
    • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 5 tahun.

Pakej Vaksin Haji dan Umrah di Klinik Siti.

1. Meningococcal (wajib)         RM 150
2. Influenza (tambahan)          RM 130
2. Pneumococcal (tambahan)  RM100

(Jika diambil ketiga-tiga sekali, dapat potongan harga sebanyak rm60)


Hubungi klinik, 
no 41, Jalan Tenggiri, Taman Mutiara,
42800 Tanjung Sepat, Selangor

tel : 03-31972246 / 019-2930690


Untuk maklumat tambahan, bolehlah rujuk ke laman web Tabung Haji.



Comments

Popular posts from this blog

Saringan kesihatan percuma untuk guru-guru

Pasar Ikan Segar Bagan Lalang