Friday, March 17, 2017

Adab


Cuaca panas membahang. Tengahari semalam baju saya tiba-tiba melekat bauan asap rokok. 

"Tengokkan ayah saya dalam kereta, dia tak boleh jalan"

Saya keluar dari klinik, melihat pesakit yang berada dalam kereta. Ayahnya duduk di bahagian depan, sebelah pemandu. Kurus dan kelihatan uzur. Katanya hujung kaki sakit dan kebas, tapi masih boleh berjalan. 

"Oh, maknanya pakcik boleh berjalan lagi ya?"
Dia mengangguk. 

Mungkin dua anak lelakinya dah tak upaya membawa ayahnya masuk ke ruang klinik (atau sebenarnya malas)

Setelah diperiksa, saya kembali kepada dua anak lelakinya yang berdiri disebelah kereta. Niatnya mahu terangkan apa masalah penyakit pakcik.

Keduanya sedang merokok, dan dihembus pula ke saya.

Ya tuhan!
Sungguh mereka ini orang yang tiada adabnya.




No comments:

Nuffnang Adds