Allergic Rhinitis, kerap bersin dan selsema berpanjangan

March 30, 2017

Lebih sebulan dah saya mengamuk buang bantal busuk anak yang sulung. Suka usung kesana kemari. Geram betul bila tengok dia seret atas lantai, kemudian cium dan gentel bucu bantal cucuk hidung.
Ketagih!
Lepas tu kerap hidung tersumbat dan selsema. Cakap pun sengau.
Sudahnya, mak buang terus. Haha.



Cuba kita perhatikan di sekeliling kita, apa sebenarnya yang menjadi 'trigger factor' kepada simptom alergi anak-anak?
1. Seorang kerani bekerja pejabat. Di ruang legar atas dan luar tingkap pejabat ada merpati dan bersepah tahinya. Dia batuk-batuk, bersin, hidung sumbat. (Hama / bulu haiwan)
2. Anak lelaki kawan saya selalu merah-merah mata, gatal hidung dan bersin. Katanya didalam kelas berhabuk. Masih gunakan kapur tulis.
Cikgu kata kena MC sebab sakit mata. Jadi doktor tulis surat, bukan sakit mata tapi alergi. (Habuk)
3. Kelmarin ada seorang gadis, suka susun anak patung berbulu, penuh di kepala katil. Dalam bilik pula ada karpet tebal dan selimut gebu. Memang cantik. Tapi kerap berulang klinik sebab selsema berpanjangan. (Habuk)
4. Balik kampung, mak masak sedap gila. Kita pun makan macam-macam, udang, belacan dan cecalok. Malam jadi susah tidur sebab hidung sumbat dan gatal. (Makanan)
5. Dirumah kita bersih, tapi rumah pengasuh anak pula ada kucing. Bulu-bulu kucing melekat atas sofa. Baby pun kerap batuk selsema. (Bulu haiwan)
6. Pagi-pagi anak nak tolong mak berkebun. Cantik rumah banyak pokok bunga. Tapi anak tak tahan, bersin kuat-kuat bila duduk di taman bunga. (Debunga)
7. Anak kerap berulang klinik, batuk berkahak sampai perlu ambil nebulizer. Rupanya, ayah dia merokok dalam rumah. (Asap)
Senario di atas ni sekadar contoh faktor paling selalu yang sebabkan simptom alergi atau allergy rhinitis. Ada banyak lagi sebab sebenarnya.
Kalau ada faktor penyebab yang boleh diubah, jom kita ubah!



Beza sinusitis, allergic rhinitis & common cold

Jika anda punyai simptom yang berterusan, saya cadangkan dapatkan nasihat doktor.
.
.
.
Tengah hadam bab leaky gut syndrome.





No comments:

Powered by Blogger.