Friday, March 31, 2017

Ayah dalam kenangan



Penamat cuti sekolah minggu lepas, kami bawa anak-anak ke Muzium Negara. Ada satu sudut replika yang buatkan saya berhenti, mengenang sesuatu.



Ya,
Dulu arwah ayah pernah hasilkan replika yang sama di satu sudut kosong di bawah tangga sekolah tempat beliau mengajar, SMK Raja Muda Musa, Pekan Baru, Teluk Intan.

Sekolah lama saya juga sebenarnya.
Dahan pokok getah disusunnya di dinding-dinding tangga, siap dengan mangkuk getah dan taburan daun-daun getah dilantai. Bersemangat mencantikkan sekolah.
Ada pantun di dinding tangga. Lupa pula isi pantunnya.
Seingat saya, SMK Raja Muda Musa pernah menjadi juara peringkat kebangsaan bagi Program 3K (Pertandingan Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah) pada tahun awal 90an, di bawah pimpinan Tuan Pengetua Arwah Cikgu Ramli. Hebat kan!
Lebih 25 tahun arwah ayah berkhidmat menabur bakti disitu. Sayang benar dengan sekolahnya, sehinggakan lamaran kenaikan pangkat menjadi Guru Besar juga ditolak. Tak mahu pening kepala, katanya.
Sekolah ini kenangan saya sejak dari kecil. Memang tak akan dilupa.
_
Berat betul hati saya hari ni.
Rindu.

Moga diampunkan dosa arwah ayah dan arwah emak. Semoga ilmu yang dikongsi bersama anak-anak didik, menjadi pahala yang berpanjangan buat mereka.
.
.
.

Sepintas lalu, gambar lama sewaktu Johan Kebangsaan Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar pada tahun 1992.

                                 Tuan Pengetua Sek Men Raja Muda Musa, Allahyarham cikgu Ramli Maidin                 




Jika dilihat, gambar tengah (barisan bawah) itulah ada replika getah yang saya ceritakan







Segalanya dalam kenangan.


No comments: