Wednesday, March 29, 2017

Bengkel Penulisan Viral-lah!


Waktu bersalaman dengan Puan Rozi, PA Dato' Siti Nurhaliza pagi tadi, teruja sungguh saya. Dato Siti datang jugakah?
Bengkel penulisan selama 4 jam bersama Tuan Khairul Hakimin Muhammad yang saya hadiri pagi tadi, sangat meriah. Bilik konferen di Hotel Premiera Kuala Lumpur tadi penuh sampai belakang.
Peserta dari Sitizoners pun ramai. Kalaulah Dato' Siti datang tadi, beruntung sungguh! Malangnya tak ada. Haha.
Kak Rozi yang sporting

Bengkel ini bagi saya, sangat baik. Banyak input yang saya dapat. Antaranya ialah :
1) Asas penulisan dalam membina konten yang baik.
2) Pentingnya menulis dengan ejaan yang betul dan penuh tanpa singkatan.
3) Jenis-jenis posting yang bagaimana perlu kita olah dan susun supaya dengannya kita boleh berkongsi kebaikan dengan orang lain.
4) Teknikaliti berkaitan Facebook. Posting, Like, Share dan sebagainya.





Tuan Khairul Hakimin



Jujurnya, menulis dengan baik itu secara tak langsung mampu menaikkan kredibiliti seseorang. Sekaligus menjadikan akaun Facebook kita berbaloi untuk diikuti.
Jadi, bengkel ini bukanlah semata untuk mereka yang berminat menulis sahaja, malah bagus untuk mereka yang berniaga. Kita dapat belajar teknik-teknik mempromosikan produk dengan gaya penulisan yang betul.




Siti Rahmah, agen buku yang berdedikasi

Panjangnya. Haha.
Semangat nak bercerita.
Alhamdulillah.

Serius, sangat berbaloi untuk kawan-kawan sertai.


No comments:

Nuffnang Adds