Wednesday, March 29, 2017

Gula dalam kopi pra campuran 3 in 1



Dah sampai waktu lunch. Tapi tak tau nak makan apa. Jomlah kita minum kopi!
Sekali minum, biasanya saya cuma ambil separuh sachet saja untuk bancuh dengan segelas air panas.
Separuh lagi ikat getah, simpan dan ulang minum waktu kerja malam atau keesokan paginya. Nampak macam kedekut. Hehe.
Kopi pracampuran ni kebiasaannya tinggi kalori dan gula.
Satu sachet kecil ini bersamaan:
40g kopi campuran = 188kcal (kalori) = 17.8g gula.
Jika 100g kopi campuran = 472kcal (kalori) = 40.6g gula.
16g gula = 4 sudu teh gula.
Tengok, berapa banyak gula tersembunyi.
Bagaimana kalau sehari kita minum 3 sachet atau lebih?
Tapi saya curi minum juga sesekali.
Kawan-kawan dietitian jangan marah ya. Haha.

_
Agak-agak terjawab tak soalan kenapa pesakit diabetes atau obesiti tak digalakkan ambil minuman 3 in 1 dalam bentuk sachet macam ni?
Saya pernah tengok seorang Pakar menegur pesakit diabetes. Gulanya mencanak naik waktu follow up pagi di klinik.
"Sorry doktor. Tadi breakfast minum air 3 in 1 dengan karipap 4 ketul".
Jem!
Jom kita sama-sama belajar membaca label makanan & minuman kita.
Berazam nak kurus


No comments:

Nuffnang Adds