Health

Healthy Happy Teacher

March 01, 2017

Sebenarnya ramai juga antara cikgu-cikgu yang datang klinik mengadu keletihan, stress dan tinggi tekanan darahnya.
Ya kawan-kawan,
Mendidik anak-anak ni bukan tugas yang mudah. Belum lagi cerita hal-hal sistem yang merumitkan. Ditambah pula dengan kerenah ibu bapa yang macam-macam.
Sebenarnya bidang pendidikan ni sangat dekat dihati saya kerana arwah emak dan arwah ayah keduanya cikgu.
Teringat saya, arwah emak dulu guru besar sekolah yang selalu sibuk dengan tugasan. Ada waktunya terlupa nak ambil ubat yang sepatutnya. Sehinggalah suatu hari emak diuji dengan strok pada waktu pagi waktu bersiap-siap mahu ke sekolah.
+ + + + +
Alhamdulillah, selepas di Sg Petani Kedah, hari ini saya berpeluang untuk teruskan Program Saringan Kesihatan percuma untuk cikgu sekolah di sekitar Tanjung Sepat, Selangor bersama-sama team Klinik Siti Tanjung Sepat. Terima kasih pada bos yang memberikan sokongan penuh. 😍😍😍
Harapan saya, cikgu-cikgu maklum tentang status kesihatan diri dan akan jadikan pemeriksaan kesihatan berkala ini sebagai suatu yang rutin.
Cikgu sihat sejahtera. Anak murid berjaya.
Semoga usaha kita semua diberkati Allah.

Najwa Hamidi
1/3/17

You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook