Saringan kesihatan percuma untuk guru-guru

March 07, 2017


Sejak dari awal pagi tadi saya dan Eiyla, staff Klinik Siti Tanjung Sepat sudah bersiap-siap ke SMK Batu Laut sempena Program Saringan Kesihatan Percuma, khas untuk guru-guru sekolah sekitar Tanjung Sepat, Selangor.

Program ini di bawah kelolaan Klinik Siti, bertujuan memberi pendidikan dan kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan saringan peringkat awal penyakit seperti diabetes dan hipertensi.

Disamping menjalankan saringan paras glukos (untuk diabetes mellitus) dan pemeriksaan tekanan darah, mana-mana kes yang perlukan pemantauan atau rawatan akan dirujuk terus ke klinik bagi tujuan rawatan seterusnya.






Sesampai kami disana disambut mesra oleh Cikgu Asnawi sambil terus tunjukkan kami bilik gerakan.

Cikgu Asnawi



Pemeriksaan saringan glukos dan hipertensi


Doktor fokus bagi penerangan,hehe

Staff  Klinik Siti, Eiyla.




Harapan kami semoga guru-guru maklum mengenai status kesihatan mereka dan dapat jadikan pemeriksaan kesihatan ini sebagai rutin.



Sijil Penghargaan dari SMK Batu Laut

Terima kasih semua guru-guru SMK Batu Laut, khasnya Tuan Pengetua yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya.

Sampai jumpa lagi, Insyaallah.


2 comments:

Eda Ejai said...

semoga terus sukses.. rindu baca blog kak najwa... =D

Najwa.H said...

Thanks Eda. lama sangat tak menulis blog. baru nak start enjin semula.

Powered by Blogger.