Friday, March 17, 2017

Sup kaki ayam

Beruntunglah saya hari ni, dapat makan tengahari lauk masakan manager klinik, Eiyla Shamsuri​. Ada sup kaki dan rangka ayam yang sedap, siap sambal kicap dan ikan pekasam lagi tau!


Kawan-kawan,
Kalau nak tahu, kaki ayam dan tulang/rangka ayam ni juga boleh dijadikan 'bone broth' yang kaya dengan nutrien dan mineral. Bagus untuk sistem digestif/usus atau pencernaan. Selain tu ada kandungan glukosamin, kondroitin dan kolagen yang baik untuk sendi dan kulit.

Lepas ni pakat-pakat beli. Murah je awak, kaki ayam ni sekilo rm5. Boleh buat sup seperiuk besar.
Suka pula saya tengok mereka yang hasilkan stok ayam sendiri di rumah. Rebus guna slow cooker, biar semalaman. Boleh disimpan sejuk dan di jadikan 'bone broth gel' yang berkhasiat.

Contohnya seperti di sini.
Tapi jangan lupa, Cuci bersih sebelum masak.
Hee.
.
Kak Najwa,yang tertinggal slow cooker di Kedah.

No comments:

Nuffnang Adds