Teknik batuk buang kahak yang betul

March 23, 2017


Saya hirup perlahan Hazelnut coffee panas, sambil teringat kisah pakcik tadi.
Mukanya ketat. Dahinya berkerut. Sudah seminggu batuk. Berkahak banyak. Tetapi belum lagi ambil apa-apa rawatan.
"Pakcik, tinggal dengan siapa? Saya nak tunjuk cara buang kahak. Ada orang dirumah nak bantu tak?"
"Anak-anak saya kecil lagi dirumah". Dia mula larikan pandangan dari saya.
"Isteri pakcik?"
"Isteri dah lari ikut lelaki lain".
Kali ini dia pandang tepat ke mata saya.

Aduh. Terus saya hilang kata-kata.
Terbantut niat yang tadinya nak tunjuk teknik 'clapping' atau tepuk-tepuk dada bahagian depan dan belakang.

"Maaf pakcik. Saya kongsi cara lain ya".
Rasa bersalah pulak. Aduhai.
.
.
.
Ini saya kongsikan sikit teknik pernafasan untuk bantu buang kahak (supaya kahak boleh keluar ke bahagian atas saluran pernafasan lalu mudah dikeluarkan) :

Duduk dalam keadaan tegak. Pastikan bahu dalam keadaan 'relax'.
 Deep breathing.
Tarik nafas dalam-dalam, secara perlahan-lahan.
Tahan nafas 2-3 saat.
Ulang beberapa kali.

Huff coughing.
Tarik nafas dalam-dalam, perlahan-lahan.
Tahan nafas 2-3 saat.
Lepaskan nafas sambil keluarkan bunyi seperti 'haa' atau 'who'....
Ulang beberapa kali.

Usah kalut-kalut.
Buat santai-santai je.

Minum air suam banyak-banyak. Pastikan badan cukup air. Kalau terhidrasi, kahak atau mucus kita boleh jadi lebih tebal, pekat dan susah nak buang.
Kalau ada water heater dalam rumah, bolehlah mandi air panas. 'Steam inhalation' atau 'steam shower' juga boleh bantu proses cairkan kahak juga.
Tapi lepas mandi air panas jangan lupa sapu pelembap (moisturizer) pada kulit, nanti kulit kering pula.
Saya kongsi mana yang sempat.

Kalau tak dapat banyak, dapat idea sikit-sikit pun jadi untuk pakcik buat sendiri di rumah.
Contoh video disini.
.
_

Yang hidung sumbat juga,
Tengah tunggu 'custome made face mask' siap.
Hee~

No comments:

Powered by Blogger.