Wednesday, April 26, 2017

Books review : Insecure



Cerita yang seperti realiti, ada dalam masyarakat kita.
Bagaimana kekerasan ibu bapa terhadap anak-anak remaja akhirnya membentuk emosi mereka.

Boleh jadi pendiam.
Boleh jadi memberontak.
Boleh jadi melawan dan berani tetapi dalam masa yang sama cuba melindungi orang yang disayang.

Garapan Seplia, penulis dari tanah seberang yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu ni membawa kita menyusuri kehidupan 2 anak remaja, punya keluarga yang sama huru-hara.
Ibu yang bertindak kasar memukul anak akibat bebanan emosi berat ditinggal suami.
Ayah yang kerap keluar berlayar tetapi baran dan membantai isteri yang setia (dan tetap juga bertahan kerana dia suami dan ayah kepada anak-anak).
Eh, kalau tak pukul tak boleh ke? Aduh. Kita pula yang emosi bila baca.
Misteri, kekalutan, kesakitan, dan emosi itulah yang mengikat kuat hati anak-anak ini untuk terus bersama atas nilai persahahabatan yang jujur. Tanpa sedar ia menumbuh rasa cinta.
Jujurnya bila dibaca, teringat pula zaman sekolah menengah dulu.
Ada yang nakal zaman sekolah, walaupun otak tak berapa tajam, pun akhirnya menjadi orang yang boleh diharapkan. Sama seperti watak Sam di dalam Insecure.
Lainnya, kita ambil pengajaran, supaya segera melaporkan jika ada tanda-tanda kekasaran atau penderaan pada insan sekeliling kita.
Jangan disimpan-simpan.
Jadi lebih prihatin.
Bukan maksudnya kepoh.
Tapi ambil berat.

_
Oklah, nanti baca ya!
Najwa Hamidi
Nak pergi PBAKL hujung minggu ni.
Yeay!!

No comments:

Nuffnang Adds