PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2017

May 03, 2017

Sebenarnya ini kali pertama bawa anak-anak ke sini. Ya, kami memang ambil input dan cadangan kawan-kawan sebelum ke sana (terima kasih sangat pada yang berkongsi).

Teruja nak mencari buku-buku pilihan & berjumpa penulisnya sendiri. Untung-untung dapat berjumpa mereka yang aktif dalam penulisan juga (yang saya follow di fb).

Ini saya kongsi sikit bagaimana nak bawa 3 orang anak di PBAKL tadi.

1. Parking memang susah. Kami letak kereta di parking bertingkat Sunway Putra Mall. Mulanya nak naik LRT saja lepas habis kenduri di Cheras. Tapi sengaja redah terus ke PWTC. Alhamdulillah mudah dapat parking tadi. Lepas jam 5pm, banyak juga kosong ruang letak kereta disitu. Bayaran RM6 selama 3 jam.

2. Kita set kan minda siap-siap, pergi ke tempat sesak, manakan sama dengan tempat bersantai. Kalau nak santai, MPH pun ada. Hehe.

3. Anak-anak kecil akan meragam kalau penat dan lapar. Jadi sebelum masuk ke sana, kami pastikan anak-anak kenyang dan siap ke tandas dulu. Nanti nak pilih buku lama-lama pun depa ok.

Abang di booth Ujang


4. Ada jualan makanan & minuman dalam PWTC. Layankan juga anak-anak nak makan aiskrim (pandai-pandailah ambil hati depa). Eh! mee goreng dalam tu sedap gila tadi. Berebut anak makan. Selain tu, bawalah bekal air mineral dalam beg ya.

Mula-mula makan aiskrim


kemudian makan mee goreng


5. Kalau anak penat berjalan, berhenti sekejap. Duduk je atas lantai sambil dengar lagu Didi & Friends. Nak segan apa.

Kakak di booth ITBM - Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

6. Tapi kalau ada anak yang terlalu kecil/baby, memang saya pun tak galak sangat bersesak disitu. Bila ramai dan sesak ni, ada yang batuk, yang bersin, kesian pula ke baby.

7. Senaraikan buku-buku yang nak dibeli. Pastikan reruai (booth) mana yang nak dituju. Jadi semuanya akan lebih cepat dan lancar.


8. Letakkan had belanja untuk jumlah buku-buku yang dibeli. Ini untuk elakkan kita jadi rambang mata dan belanja melampau. Ini masalah saya. Kehkehkeh.

Itu saja nak kongsi hari ni. Esok cerita bab jumpa Tere Liye pula. 

Majlis Pelancaran buku Tere Liye, penulis terkenal di Indonesia.




Ahamdulillah anak-anak gembira tadi, dapat pilih buku sendiri. InsyaAllah lain kali boleh pergi lagi.




No comments:

Powered by Blogger.