Cooking

Resepi ayam bali sedap

June 08, 2017

Ayam Bali.
Sebenarnya ini antara lauk kegemaran suami. Ia juga yang paling kerap saya masak waktu buat sahur delivery ramadan tahun lepas.
Hari ni masak untuk berbuka di klinik. Makan dengan nasi himpit pun sedap.

Pernah viral resepinya sebelum ni (maafkan saya, sebab tak pasti siapa empunya resepi mula).
Sedapnya kerana naik aroma serai dan daun kari. Ada pedas, masin, manis bersatu.

Resepi di bawah ni untuk seekor ayam.
Bahan-bahan :
1 ekor ayam
8 batang serai diketuk
6-8 tangkai daun kari
1 senduk cili kisar (tadi saya guna 15 batang cili kering yang di blend)
1 inci belacan (boleh tambah kalau mahu)
Garam
Gula pasir (boleh juga guna gula kabung)
Kicap

Bahan kisar
5 biji bawang besar
10 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia

(Tadi saya nak buat kuahnya lebih sikit, jadi tambah bawang besar jadi 7biji, bawang merah 12 biji, 12 ulas bawang putih, halia 2 ketul saiz 2 inci)

Caranya boleh rujuk gambar ya.

 
Ayam dibersihkan, dipotong dan gaul dengan garam kunyit.
Goreng jangan sampai garing ya


Guna baki minyak goreng ayam tadi. Kalau banyak sangat, buangkan sikit. 
Tumis serai yang diketuk hingga keperangan. Masukkan daun kari. Tumis sampai naik bau.


Campurkan bahan kisar (bawang besar,bawang merah & putih, halia). Gaul rata, tumis sampai naik bau.


Masukkan cili kisar.

Kalau nak masukkan belacan, boleh kisar sekali masa kisar cili tadi okeh.
Kacau dan tunggu cili sampai masak ya. Kalau cili tak masak betul nanti sakit perut pula. Hehe.




Bila cili dah masak, masukkan kicap.
Saya guna kicap lemak manis.
Kalau kicap dah manis, pandai-pandailah adjust gula nanti ya. Jangan terlajak manis




Nampak tak, kuahnya agak pekat. Bila kita cicah dengan nasi himpit, kuahnya naik sekali. Kalau cair sangat pun tak sedap juga.

Kalau nak cair lagi bolehlah tambah air.
Kalau nak gelap sikit warnanya, boleh tambah kicap.

Waktu ni tambahlah gula dan garam.
Sesuaikan dengan selera masing-masing



Lepas tu campurkan ayam yang dah siap goreng tadi. Gaul rata.



Tadaa..siap. Sedap makan dengan nasi panas-panas. Boleh juga dimakan dengan nasi himpit.





You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook