Thursday, July 27, 2017

CUBA SERUM WAJAH TERBAIK : PRODUK NATURAL, ELYSIAN BOOSTER SERUM

Rahsia kecantikan orang Korea ialah mereka lebih pentingkan penggunaan serum wajah.



Kenapa serum wajah?
 kerana serum mampu meresap jauh ke dalam kulit dan menghilangkan masalah kulit wajah dengan lebih berkesan.
Elysian Booster Serum bersifat NATURAL dan bertaraf antarabangsa, diformulasikan dari Cellactive® white dan Liftonin® xpert yang FOKUS pada memberi ketegangan pada kulit dan memberi pencerahan pada wajah.
Elysian Booster Serum terbukti berkesan menghilangkan masalah serius pada wajah:
1. Jerawat bernanah
2. Parut hitam
3. Lubang kawah di wajah
4. Pori pori terbuka
5. Garis garis halus di bawah mata dan seluruh wajah
6. Menghilangkan masalah eczema/ruam pada bayi
7. menganjalkan kulit wajah
8. Kulit sensitive & kering
9. Tona kulit tak sekata
10. Tersalah guna produk



Dengan hanya sebotol Elysian Booster Serum. Anda akan dapat:
1. 15ml Booster Serum di dalam bekas yang ekslusif dan kualiti terjamin.
2. Tiada pengelupasan.
3. Tiada kesan sampingan.
4. Memberi soothing effect / rasa selesa dan lega pada kulit yang sensitive dan tersalah guna produk.
5. Tidak melekit, mudah menyerap dan terus memberikan kesan tegang dan lembap pada kulit anda.
6. Dijamin tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti mercury,hydroquinon atau WANG ANDA DIKEMBALIKAN.
7. Sesuai digunakan oleh ibu mengandung, baby yang ada masalah ruam, allergic dan ruam lampin.
8. Mendapat kelulusan dari KKM (NOT160500823K)
9. Diproses di kilang yang bertaraf GMP dan bukan produk repacking atau rebranding.
 Elysian Booster Serum selamat dan berkesan digunakan tanpa bahan bahan kimia berbahaya.
 MERCURY

 HYDROQUINON









 

   Produk pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan kualiti premium dari Switzerland.
 Hasil kolaborasi dengan RAHN di Switzerland yang membekalkan bahan bahan premium yang berkualiti tinggi dan terbukti berkesan.
 Bukan setakat hebat dari segi formulasi saja tapi.. Dah terbukti berkesan dengan ribuan feedback pengguna tau.
 Yang nak cantik cepat.. Yang nak gebu cepat.. Yang nak kulit licin halus mulus sempurna dengan cepat.. JANGAN PM.
 ELYSIAN BOOSTER SERUM tidak memberikan kesan yang SANGAT cepat. Tetapi PASTI memberikan kesan yang positif.


AWAS YA ! 
Kecantikan dan kesihatan perlu seiring terutamanya para wanita. Nak cantik je tapi guna produk bahaya. Risau memberikan kesan sampingan terhadap kesihatan. Sesungguhnya wanita adalah tulang belakang untuk keluarga.


Yang nak cantik dan sihat dengan produk terbukti selamat dan berkesan bole whatsapp terus ke:
📲 0124350954

📲 0124350954
📲 0124350954


Atau kami akan PM anda segera.

Postage Isnin - Jumaat
COD / Self pick up Banting.

Follow Fb Page : Beauty Box by Najwa





Yang nak cantik dan sihat dengan produk terbukti selamat dan berkesan bole whatsapp terus ke:
📲 0124350954
📲 0124350954
📲 0124350954

Atau kami akan PM anda segera.

Follow Fb Page : Beauty Box by Najwa





Wednesday, July 26, 2017

Bila boleh buka buku merah mengandung?




Kadang-kadang kita rasa semua orang tahu, tapi sebenarnya tak.
Bila patut mula buka buku / pemeriksaan awal mengandung / antenatal check up atau booking?
Ada yang kata tunggu perut besaq sikit baru pi.
Paling elok sekali, buatlah pemeriksaan awal mengandung sebelum usia 12 minggu kandungan.
Dapatkan scan awal, supaya kita boleh tentukan saiz janin sekaligus tahu tarikh due date yang betul dan tepat.
Dalam masa yang sama, kita boleh kesan masalah kesihatan dan perubatan ibu (jika ada) diperingkat awal lagi.
Sayangi diri,
Ok kawan-kawan?

Najwa Hamidi,
Primary Care Doctor.


Scan mengandung di Banting, Telok Panglima Garang, Tanjung Sepat





Ramai yang bertanya bila waktu yang sesuai untuk buat scan mengandung?

Hari ni saya kongsikan sikit tentang perkhidmatan Ultrasound (scan) yang ada di Klinik Siti (cawangan Banting , Taman Perwira Telok Panglima Garang, dan Tanjung Sepat) serta anggaran waktu scan :-

1) Dating scan - untuk confirmkan kandungan dan tarikh EDD (estimated due date).  Ini penting unutk dibuat diperingkat awal kehamilan, sebaiknya sebelum 12 minggu kandungan)

2) Antenatal check up - sepanjang antenatal check up, adalah baik jika dapat buat scan pada setiap trimester kandungan.

3) Jantina baby - bermula dari usia kandungan 16minggu ke atas (bergantung kepada kedudukan janin)

4) Detail scan 2D - usia kandungan 20 hingga 25minggu - ini penting untuk melihat pembesaran janin dan melihat jika terdapat sebarang ketidaknormalan pada janin.

5) Scan 3D/4D  - kandungan dari usia 26 hingga 32minggu kandungan
(Scan 5D hanya terdapat di Klinik Siti cawangan Taman Perwira sahaja)

6) Scan bahagian abdomen - hati, usus, perut, pundi hempedu, limpa, saluran darah (aorta)

7) Scan sistem urinari : buah pinggang, pundi kencing, prostat

8) Scan bahagian pelvis / gynaecolocy (sakit puan)

9) Scan bahagian thyroid dan payudara hanya terdapat di Klinik Siti cawangan Banting sahaja.

Sebarang pertanyaan, atau appointment untuk 3D,4D atau 5D SCAN atau Detail scan, bolehlah terus hubungi saya (012 -4350954) atau PM saya DISINI. Saya akan bantu uruskan temujanji bagi pihak anda untuk ketiga-tiga cawangan Klinik Siti. Semua scan akan dilakukan oleh doktor perempuan muslimah.




Ultrasound 2D








Ultrasound 4D














Tuesday, July 25, 2017

BAHAYA PRODUK SKINCARE YANG MENGANDUNGI BAHAN KIMIA BERBAHAYA.



Mari kita sama-sama lihat ;
1. Wajah menjadi rosak. Timbulnya tompok tompok hitam apabila sudah lama menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya.



2. Perubahan drastik pada kulit. Muka jadi bersih berkilat dan putih yang pucat dan tak normal. Semakin cepat kesan pencerahan. Semakin banyak kandungan merkuri digunakan.

3. Tiada jerawat timbul langsung! Logam berat seperti merkuri akan merencatkan pertumbuhan jerawat di bawah lapisan kulit. Kesan bahan kimia seperti merkuri akan menjadikan lapisan epidermis kulit menjadi nipis dan semakin terhakis.


4. Jeragat semakin jelas dan hitam. Apabila lapisan epidermis semakin nipis, protein dan melanin kulit semakin berkurang dan hilang. Menyebabkan lapisan matahari akan terus menembusi ke lapisan dalam kulit menyebabkan jeragat akan semakin jelas dan tompokkan hitam semakin banyak.

5. Pori-pori dah hilang. Kulit jadi licin dan sangat halus dalam masa yang singkat! Ramai yang tertipu dalam hal ini. Pori pori tidak akan boleh hilang dari wajah. Liang pori hanya boleh berkurang dengan kadar yang minimum. Jika liang pori hilang terus ini bermakna lapisan kulit sudah terhakis.

6. Risiko mendapat kanser kulit


7. Apabila BERHENTI mengguna produk produk yang mempunyai bahan kimia berbahaya, kulit menjadi superrrr sensitive. Rasa miang dan gatal gatal. Keluar jerawat halus dan jerawat yang besar besar. Kulit menjadi pedih dan merah macam udang kena bakar. Lebih lebih lagi apabila terkena panas matahari.

8. Kulit yang cerah bila guna produk yang ada bahan kimia berbahaya akan jadi semakin gelap, kusam dan jeragat naik bermaharajalela penuh satu muka.





Prihatin dan ambik berat produk yang anda gunakan untuk diri anda.
Pasti kan selamat dan tidak memberikan kesan sampingan kepada kesihatan anda.
Share jika bermanfaat.


Untuk pertanyaan tentang produk natural, Elysian Beauty Product,
boleh hubungi saya 0124350954.
Atau boleh lihat di page : Beauty Box by Najwa



Ruby Skincare by Elysian Beauty

Booster Serum by Elysian

Monday, July 24, 2017

Makanan sedap ala kampung di Melaka : MR CAFE & RESTAURANT

Hari terkahir kami di Melaka, sempat singgah di MR CAFE & RESTAURANT di Ayer Keroh. Rupanya ia tersenarai dalam tempat-tempat makan menarik di Melaka.

Memang betul-betul citarasa kampung. Sedap baq hang! Dihidangkan dengan talam dan pingan-pinggan lama, terasa macam makan di kampung sendiri.


Satu set talam tu berharga rm59.90. Ada tempoyak pucuk ubi, 3 jenis masak lemak cili api, sembilang, siput sedut dan daging salai. Ada juga potongan tembikai, telur masin, ulam dan sambal belacan. Asam pedas keladi pun sedap, memang rasa macam air tangan nenek-nenek kita di kampung, tak gunakan pes macam kebanyakan rasa asam pedas di kedai lain.
Nasi cukup untuk 4 orang dewasa. Kalau nak tambah nasi pun boleh (extra charged). Lauk yang tersenarai tu boleh juga ditambah lagi secara ala carte.



Satu jag air sirap selasih pun termasuk dalam set. Anak-anak dapat aiskrim percuma tau!
Kami makan menambah-nambah, kenyang teruk kata depa. Haha. Alhamdulillah.

Kalau ke Melaka, jangan lupa singgah ya.

MR CAFE & RESTAURANT
(Sebelah Balai Polis Ayer Keroh)
4, Jalan TU 2, Taman Tasik Utama, 75350 Melaka
06-253 5527
Buka 12pm-10pm
Tutup Isnin.





Percutian keluarga yang menarik di KE CABIN BY BUNGALOW IN A VILLAGE , MELAKA

Post asal DI SINI.
Datang ke Melaka kali ni kami menginap di 'Ke Cabin by Bungalow in a Village' di Semabok, Melaka.
Sengaja mencari kelainan, cuba bermalam di homestay berkonsep kabin kontena. Menariknya, ada kolam renang yang bagi saya 'child friendly'. Kolamnya ada 3 peringkat kedalaman. Anak-anaklah yang paling suka. Niat bercuti pun memang nak bagi anak-anak seronok. Buka sliding door, boleh terus terjun ke dalam kolam. Nak mandi sampai malam pun boleh.

Kami sampai sana jam 3 petang. Dalam kabin agak panas, jadi melepak dulu di luar sementara tunggu aircond sejuk. Tapi bila malam, menggigil berebut selimut. Haha. Biliknya bersih dan kemas. Bilik air pun selesa.

Ada sebuah katil queen dan 1 sofabed. Cukuplah untuk keluarga kecil kami ( 2 dewasa, 3 kanak-kanak). Kalau nak tambah tilam pun boleh, maklumkan saja pada penyelia kabin (RM20/tilam). Malam boleh buat barbeque tepi kolam sambil anak-anak sambung mandi. Menarik kan? Tapi malam semalam kami berjalan ke Bandar Hilir, tak buat barbeque pun. Hehe.

Waktu pagi disediakan dengan nasi lemak bungkus ala kampung. Memang serius sedap!

Cuma didalam bilik tidak disediakan heater air masak dan seterika. Peti ais dan air panas disediakan di bahagian luar kabin (tepi kolam). Jadi, nak mudah, boleh bawa sendiri ya (terutamanya mereka yang nak bancuh susu anak kecil).

Dalam kawasan yang sama, ada juga sebuah banglo besar yang moden dan cantik, sesuai untuk gathering keluarga yang lebih besar.

Akhir cerita, orang tanya, best tak?

Untuk kadar rm250/malam (weekend rate), dengan bilik yang selesa, kolam renang yang menyeronokkan, dekat dengan pusat bandar, bagi saya amatlah berbaloi. Puas hati sangat. Sesekali tukar selera, ok juga, ye dak?
...
KE CABIN
4 kabin semuanya.
Rate
RM199/night (weekdays)
RM250/night (weekend)
BUNGALOW IN A VILLAGE
4bilik
RM999/night
Jalan Semabok Dalam, Melaka.
Contact :
Shakirah (owner) 0123080929
Fb : Ke Cabin by bungalow in a village
Ig : @kecabin, @bungalow_in_a_village

Jom kita tengok gambar.

Kawasan luar kabin dan banglo


Buka sliding door boleh terus terjun kolam.



Dekorasi yang simple tapi menarik


Ruang rehat dalam kabin bawah


Kabin tingkat atas


Tempat istirehat di kabin atas


Pemandangan dari bilik atas



Bilik air yang kemas dan selesa


Anak-anak mandi lama sungguh, hehe



Banglo dihadapan kabin


Bersarapan tepi kolam


Pemandangan malam


Anak-anak tidur di sofabed. Sejuk, berebut selimut. hehe. 





Rumah penyelia kabin


Rumah penyelia kabin


Bergambar sekali dengan keluarga adik bongsu saya.

Sampai jumpa lagi Melaka!