Saturday, July 15, 2017

Alya Tasneem


Sebenarnya ibu lupa hari ni ada sambutan aidilfitri dan persembahan pelajar tadika kakak Alya. Ibu kerja (my bad, sebab tak locked jadual betul-betul, huu).
Sebelum ni, Alya mula bersekolah sejak umur 5 tahun di salah sebuah tadika yang terkenal dan banyak cawangan di Malaysia.
Masuk umur 6 tahun, masih tak pandai membaca. Kerisauan tu datang, bimbang kalau masuk darjah 1 nanti ketinggalan. My bad lagi, sebab tak sempat ajar anak sendiri.
Pindah kami ke Pantai Sepang Putra awal bulan 2, direzekikan bertemu tadika yang cikgunya bersemangat, mengasah kelebihan Alya.
Setiap hari dia akan pulang lewat 1 jam berbanding kawan lain untuk latihan membaca dan lain-lain.
Alhamdulillah selepas 5 bulan di sekolah baru, perkembangannya sangat memberangsangkan. Kami berharap dia pandai membaca. Tapi Allah beri lebih, rezeki lagi, dapat tempat pertama dalam keseluruhan ujian baru-baru ni.
Kata cikgu, Alya bijak. Cuma mungkin sistem sekolah lama tak sesuai untuk dia (atau dia yang tak boleh ikut sistem sekolah).
Ya, mungkin juga ini yang orang kata 'a late bloomer'.
Hari ni Alya bawakan hadiah untuk cikgu sebab kami bakal berpindah lagi bulan depan.
Hadiah kecil ni sesungguhnya tak dapat membalas budi baik cikgu yang mendidik anak-anak saya. Aduhai. Lap air mata.
Terima kasih Allah.
Terima kasih cikgu.

No comments: