Cikgu Kampung

July 04, 2017




Membaca naskah Cikgu Kampung oleh Cikgu Shahidan Shuib ini bukan sekadar membawa kita (diri saya) kembali mengingati kisah alam persekolahan tapi nilai-nilai baik disebalik kisah itu yang akan mengikat hati kita untuk terus baca sehingga ke muka akhir, bab ke 47.
"Hidup kita ini, cikgu, mesti banyak bersabar dan berjuang. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah. Setiap ketentuan yang tidak diinginkan kita barangkali rahmat untuk kita. Kita mesti banyak redha, cikgu." ; ms 127.
Setiap kisahnya memberi inspirasi. Membacanya seolah-olah memujuk hati yang ada sisi duka.
Entah berapa kali saya mengesat air mata untuk menghabiskan semua bab.
Ya benar,
Orang-orang yang menang dalam hidup tidak selalu kuat, cepat dan pintar. Pada akhirnya yang menang adalah orang yang percaya pada dirinya sendiri (Andrea Hirata; Laskar Pelangi)
.
.
Kawan-kawan,
Masih ingatkah, sepanjang perjalanan menuntut ilmu, guru yang mana yang paling diingat, yang hadirnya mampu mengetuk pintu hati kita?



Irfan kata, dia suka baca buku yang ibu baca.



Tumpahan air kopi Irfan.

Anak-anakku, 
Irfan, Alya dan Sofea,
Jadikanlah amalan membaca ini sebagai sebahagian hal yang membahagiakan.
Dengan membaca, bertambahlah ilmu didada dan mematangkan kita.
Jangan pernah jemu membaca.

Irfan, Alya dan Sofea,
Kita adalah apa yang kita baca. 
Jadi pilihlah bahan bacaan yang baik dan mendidik jiwa.
Moga beroleh keberkatan hidup didunia dan akhirat sana.


No comments:

Powered by Blogger.