Food

Makanan sedap ala kampung di Melaka : MR CAFE & RESTAURANT

July 24, 2017

Hari terkahir kami di Melaka, sempat singgah di MR CAFE & RESTAURANT di Ayer Keroh. Rupanya ia tersenarai dalam tempat-tempat makan menarik di Melaka.

Memang betul-betul citarasa kampung. Sedap baq hang! Dihidangkan dengan talam dan pingan-pinggan lama, terasa macam makan di kampung sendiri.


Satu set talam tu berharga rm59.90. Ada tempoyak pucuk ubi, 3 jenis masak lemak cili api, sembilang, siput sedut dan daging salai. Ada juga potongan tembikai, telur masin, ulam dan sambal belacan. Asam pedas keladi pun sedap, memang rasa macam air tangan nenek-nenek kita di kampung, tak gunakan pes macam kebanyakan rasa asam pedas di kedai lain.
Nasi cukup untuk 4 orang dewasa. Kalau nak tambah nasi pun boleh (extra charged). Lauk yang tersenarai tu boleh juga ditambah lagi secara ala carte.



Satu jag air sirap selasih pun termasuk dalam set. Anak-anak dapat aiskrim percuma tau!
Kami makan menambah-nambah, kenyang teruk kata depa. Haha. Alhamdulillah.

Kalau ke Melaka, jangan lupa singgah ya.

MR CAFE & RESTAURANT
(Sebelah Balai Polis Ayer Keroh)
4, Jalan TU 2, Taman Tasik Utama, 75350 Melaka
06-253 5527
Buka 12pm-10pm
Tutup Isnin.





You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook