Mini reunion Tahun 6 batch 1994 Sek. Keb. Tebok Banjar di rumah cikgu.

July 07, 2017
Alhamdulillah. Selepas 23 tahun, bertemu semula beramai-ramai di rumah cikgu Jamanhuri Abd Jamil, guru kelas darjah 6 kami sewaktu di Sk Tebok Banjar.

Kata cikgu, kelas kamilah Generasi Emas beliau. Paling diingati, penuh kenangan manis sepanjang bergelar seorang guru.

Sebagai sebuah sekolah kampung yang kecil yang terletak di Daerah Hilir Perak, darjah 6 cuma satu kelas sahaja (34 orang murid kalau tak salah), tentunya menjadi kenangan manis beliau dan kami anak-anak murid, bila 3 orang cemerlang dengan 4A, 4 orang 3A dan seramai 16 orang mendapat A bagi mata pelajaran matematik yang di ajar oleh cikgu Jaman sendiri.

Hampir setiap hari cikgu datang sebelah petang untuk kelas tambahan. Katanya 4000 soalan latih tubi matematik di habiskan sebelum menjelang UPSR.

"Kalau tak nak buat, balik buat lapik berak" Haha. Dengar macam kejam, tapi itulah kenangan dengan cikgu matematik kami.

Lepas habis kelas tambahan, terus turun ke padang untuk latihan bola sepak (lelaki) & bola baling (perempuan). Berkat kegigihan cikgu dan anak murid, kami berjaya jadi Johan Bola Baling Peringkat Daerah Hilir Perak tahun 1994. Beberapa orang dari team kami terpilih ke peringkat negeri seterusnya Johan pula di peringkat negeri.
Bangga cikgu tunjukkan gambar-gambar lama tadi.






Sek. Keb. Tebok Banjar 1994,
Ada jurutera, doktor, cikgu, tok penghulu, pegawai kerajaan dan ramai lagi yang berjaya.

Tahun ini, bermula Oktober, cikgu akan bersara saat umurnya 57 tahun.

Kami, semua anak-anak murid akan sentiasa mendoakan kesejahteraan cikgu yang tak jemu mendidik kami sehingga jadi insan berguna pada hari ini.

Terima kasih cikgu.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

No comments:

Powered by Blogger.