Monday, July 24, 2017

Percutian keluarga yang menarik di KE CABIN BY BUNGALOW IN A VILLAGE , MELAKA

Post asal DI SINI.
Datang ke Melaka kali ni kami menginap di 'Ke Cabin by Bungalow in a Village' di Semabok, Melaka.
Sengaja mencari kelainan, cuba bermalam di homestay berkonsep kabin kontena. Menariknya, ada kolam renang yang bagi saya 'child friendly'. Kolamnya ada 3 peringkat kedalaman. Anak-anaklah yang paling suka. Niat bercuti pun memang nak bagi anak-anak seronok. Buka sliding door, boleh terus terjun ke dalam kolam. Nak mandi sampai malam pun boleh.

Kami sampai sana jam 3 petang. Dalam kabin agak panas, jadi melepak dulu di luar sementara tunggu aircond sejuk. Tapi bila malam, menggigil berebut selimut. Haha. Biliknya bersih dan kemas. Bilik air pun selesa.

Ada sebuah katil queen dan 1 sofabed. Cukuplah untuk keluarga kecil kami ( 2 dewasa, 3 kanak-kanak). Kalau nak tambah tilam pun boleh, maklumkan saja pada penyelia kabin (RM20/tilam). Malam boleh buat barbeque tepi kolam sambil anak-anak sambung mandi. Menarik kan? Tapi malam semalam kami berjalan ke Bandar Hilir, tak buat barbeque pun. Hehe.

Waktu pagi disediakan dengan nasi lemak bungkus ala kampung. Memang serius sedap!

Cuma didalam bilik tidak disediakan heater air masak dan seterika. Peti ais dan air panas disediakan di bahagian luar kabin (tepi kolam). Jadi, nak mudah, boleh bawa sendiri ya (terutamanya mereka yang nak bancuh susu anak kecil).

Dalam kawasan yang sama, ada juga sebuah banglo besar yang moden dan cantik, sesuai untuk gathering keluarga yang lebih besar.

Akhir cerita, orang tanya, best tak?

Untuk kadar rm250/malam (weekend rate), dengan bilik yang selesa, kolam renang yang menyeronokkan, dekat dengan pusat bandar, bagi saya amatlah berbaloi. Puas hati sangat. Sesekali tukar selera, ok juga, ye dak?
...
KE CABIN
4 kabin semuanya.
Rate
RM199/night (weekdays)
RM250/night (weekend)
BUNGALOW IN A VILLAGE
4bilik
RM999/night
Jalan Semabok Dalam, Melaka.
Contact :
Shakirah (owner) 0123080929
Fb : Ke Cabin by bungalow in a village
Ig : @kecabin, @bungalow_in_a_village

Jom kita tengok gambar.

Kawasan luar kabin dan banglo


Buka sliding door boleh terus terjun kolam.



Dekorasi yang simple tapi menarik


Ruang rehat dalam kabin bawah


Kabin tingkat atas


Tempat istirehat di kabin atas


Pemandangan dari bilik atas



Bilik air yang kemas dan selesa


Anak-anak mandi lama sungguh, hehe



Banglo dihadapan kabin


Bersarapan tepi kolam


Pemandangan malam


Anak-anak tidur di sofabed. Sejuk, berebut selimut. hehe. 





Rumah penyelia kabin


Rumah penyelia kabin


Bergambar sekali dengan keluarga adik bongsu saya.

Sampai jumpa lagi Melaka!










No comments: