Cooking

Vietnamese Fresh Spring Roll

July 07, 2017

Hai semua,
Petang ni saya kongsi macam mana nak buat Vietnamese Fresh Spring Rolls (amboi nama dia tak mau kalah). Haha.

Bahan yang diperlukan:
1.Rice paper.
2.Udang (direbus sekejap)
3.Suhun (atau bihun pun boleh) yang direndam dengan air panas sehingga kembang.
4.Sayur-sayuran (ikut suka).
Saya letak salad, timun, lobak, daun ketumbar.
Sos.
Saya buat ala 'thai seafood dipping sauce'.
Sos ni sebenarnya sedap juga kalau nak makan dengan colek, udang atau sotong goreng tepung, atau apa sajalah yang kita suka cicah. Hehe.

Caranya tengok gambar ya.


Rice paper ni dibeli di supermarket Grand Union. Boleh juga dicari di Tesco atau Giant



Timun, lobak dah siap parut (dihiris halus).
Daunn ketumbar, su-un, udang dah siap rebus.



Closed up sikit. Susun begini ya!



Dah siap balut.


Boleh lihat videonya disini ya : https://www.facebook.com/najwa.hamidi.7/videos/10212660704170885/



Saya lapiskan dengan plastik bagi setiap satu supaya tak melekat antara satu sama lain 
(nak makan lewat sikit).



Bahan sos.
(1/3 cawan)

2-5 cili merah
4 ulas bawang putih
5-6 batang ketumbar, (dicincang)
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar gula
3 sudu besar perahan jus limau nipis.

**tadi tak guna pun sos ikan, sebab tak ada dirumah.



bahan kisar




Masak atas api. Campurkan sedikit air jika terlalu pekat.





Perahkan limua nipis.




Boleh tambah sedikit garam jika mahu. 
Sos siap!



Kita pack elok-elok, boleh bawa ke tempat kerja dan makan beramai-ramai.
Selamat mencuba!











You Might Also Like

0 comments

SUBSCRIBE

Like us on Facebook