Saturday, August 12, 2017

Patin Tempoyak Sedap di Banting


Singgah tang ni, pekena patin tempoyak sedap, original Temerloh di E-1 PatiN TempoyaK, Kanchong Darat, Banting.
Ibu dengan Irfan suka patin tempoyak, tapi abi tak makan patin. Jadi dia ambil ayam kampung goreng panas-panas.
Banyak kali singgah juga ni sejak pindah dok Banting. Teh ais dia sedap oii.
Recommended.
Kalau adik beradik datang, nanti kakak payung makan tang ni okeh. Hehe.
Oklah, nak masuk kerja dah ni.
Sebab tu pakai cantik-cantik, berbaju kurung Pahang dari kain cotton yang selesa yakmat waktu panas merelit ni.

Pi jenguk RoyaleBusana, ada banyak corak kurung cotton dia.





Friday, August 4, 2017

Bernazar untuk berhenti rokok


Baru-baru ini saya memuji seorang lelaki.
Muda lagi, baru berumur 24 tahun, tetapi dia sudah membuat keputusan yang betul demi kebaikan diri sendiri dan anak-anak.
Datangnya ke klinik kerana batuk.
"Baru 2 minggu saya berhenti merokok".
"Alhamdulillah. Tahniah. Syabas". Sepanjang konsultasi, beberapa kali juga saya memuji.
Bukanlah nak memikat atau ambil hati. Marah suami saya nanti hehe. Harapnya pujian yang sikit itu dapat memberi impak baik pada emosi dia.
Pengorbanan besar tu, berhenti merokok.
Sebenarnya bila kita berhenti merokok, sel silia yang berada di lapisan saluran pernafasan kita akan kembali berfungsi dengan baik.
Silia (seakan rerambut halus) akan bertindak 'brush out' atau membuang segala kotoran dan mukus di saluran pernafasan supaya keluar.
Sebab itu di peringkat awal berhenti merokok, kebanyakan mereka akan batuk-batuk dan banyak kahak.
Bayangkanlah, terlalu lama merokok, silia kita tak berfungsi dek nikotin dan segala macam racun dari rokok itu sendiri. Apabila tiada sistem yang bantu menolak segala kotoran, mudahlah terkena jangkitan paru-paru.
Saya kagum dan bertanya lagi apa sebenarnya yang buatkan dia mahu terus berhenti merokok.
Katanya, baru-baru ini anak kecilnya sakit, terkena jangkitan paru-paru.
"Saya bernazar, doktor. Kalau anak sihat, saya akan berhenti".
Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan dia. Anaknya kembali sihat. Ayah pula ambil keputusan yang baik demi kesihatan diri sendiri dan keluarga.
Begitulah hidup, kadang kala ada satu 'turning point' yang buatkan kita kembali ke jalan yang lebih baik.
Tetaplah nak puji suami sendiri yang dah hampir 4 tahun berhenti merokok.



Wednesday, August 2, 2017

Produk selamat kelulusan KKM

Semak produk anda, pastikan selamat dan mendapat kelulusan KKM.
Di Elysian, kami amat menitiberatkan keselamatan pengguna.
Selain mendapat pengiktirafan produk berkualiti dari institusi rahn di switzerland, paling penting semua produk Elysian mendapat kelulusan KKM.
Jadi, jangan ragu-ragu ya sayang-sayang sekalian.
Elysian bukan produk rebranding atau timbang kati.
Be safe.



Sebarang pertanyaan boleh PM saya


 atau

+60124350954



Elysian foundation


Ruby skincare


Elysian booster serum


Sebarang pertanyaan boleh PM saya


Fb page : Beautybox by Najwa

 atau

+60124350954