Posts

Showing posts from February, 2017

Untuk Bakal Menantu

Image
Bakal menantu, Anak kedua ibu yang manis ini, Sungguh-sungguh sukanya pada durian, Sekali hadap boleh habis sepinggan.
Oh! Bakal menantuku, Kalau nanti susah mencari buahnya Belikan saja puff berperisa durian Nescaya dibalasnya cinta.

Lelaki yang merokok itu yang aku cinta. Harus bagaimana?

Image
6 tahun lamanya saya tunggu. Sehinggalah lepas lahir anak ke 3, akhirnya datang hidayah tepat ke hati dia. Ternyata penantian itu walaupun lama, buatkan hati saya berbunga-bunga.. .Beberapa tahun yang lepas, saya masih bekerja di jabatan kardiologi di sebuah hospital zon utara. Paling muda yang saya jumpa terkena serangan jantung (tersumbat saluran darah jantung) adalah 25 tahun. Seorang pemuda yang kacak bergaya, sayangnya dia perokok tegar. Ada juga yang baru mencecah 40an, tetapi sampai ajalnya di CCU (coronary care unit), juga asbab serangan jantung. Sedih kan?..Cabaran utama saya bukan di tempat kerja, tetapi yang paling besar adalah di dalam rumah sendiri; dia yang bakal temani saya sampai ke hari tua. Nasihat demi nasihat, tahun demi tahun, tetap tidak berhasil. Kecewa...Tapi,Tetaplah lelaki itu yang saya cinta. Harus bagaimana?..Sehinggalah sampai suatu hari keiginannya untuk berhenti merokok membuak-buak. Rawatan suami bermula dengan ubat untuk mengurangkan ketagihan nikotin …

Orang yang salah

Image
Saya percaya setiap yang berlaku itu bersebab.Di mana, dengan siapa kita berada, semua ada sebabnya.Setiap tempat itu dijadikan pengalaman dan pengajaran.
Saya berjumpa dengan orang yang betul, juga jumpa orang yang salah. Banyak.

Ada baiknya juga terjumpa yang salah, supaya nanti kita tahu mencari yang benar.
Sekurang-kurangnya kita belajar supaya tidak sama terjun menjadi orang sebegitu.

Kunang-kunang malam

Image
Malam itu hujan renyai menemani kami sepanjang perjalanan dari Sungai Petani ke Kuala Ketil. Jalan kecil menuju Kampung Pantai Cicar gelap. Katak bersahutan di kiri kanan jalan menghilang sunyi. Bulan terang menerangi malam.

Tiba-tiba terdengar jeritan Irfan.
"Ibu! Ibu! Kelip-kelip banyak!""Bercahaya, terbang laju depan mata Irfan macam roket"
Ibu senyum. Irfan, imaginasinya menghiburkan.

Sofea melihat bintang penuh di langit sambil bernyanyi. Alya masih lena di belakang.Perjalanan kami teruskan sehingga sampai ke tempat dituju. 
.
.
Anak-anak yang disayang,Jika kita tidak mampu menjadi pelita menerangi malam, maka jadilah seperti kunang-kunang yang menghiasi malam. Dalam gelap ia terbang, dalam gelap ia terang.










Kanser Payudara : belajar meluah rasa

Image
Beberapa hari lepas saya terdiam sekejap bila terlihat sesuatu yang menyedihkan.
"Berapa lama dah makcik jadi macam ni? Ada beritahu sesiapa atau anak-anak?"
Saya pandang dia, sambil gosok-gosok bahunya. .
.
.Mula cerita, seorang makcik lingkungan 60an datang ke klinik bersama anaknya. Mengadu sakit belakang (tulang belikat) yang tidak hilang dengan ubat tahan sakit, malah menjadi lebih teruk sejak kebelakangan ini.
"Mari makcik, saya tolong periksa".
Dari bahagian tulang belakang, saya terus periksa. Ada beberapa benjolan (bengkak) kelenjar limfa di ketiak kanannya.


Sesuatu yang saya jangka, benar-benar di depan mata. Tahulah saya punca sakit tulang belikatnya. Kelihatan beberapa keping kertas tisu bersama beberapa jalur sellotape, menutupi hampir keseluruhan payudara kanannya. Saya buka balutan. Darah meleleh dan berbau. Tiada lagi bentuk nipple dan areola. Hilang bentuk dan diganti dengan luka (ulcer) yang besar, bernanah dan berdarah.
Sedihnya Ya Tuhan..

Ianya kelihat…

Mengandung ; bila kena buka buku antenatal?

Image
Kak ingat, bila umur 48 tak datang period ni, kak dah menopause. Rupanya ada yang bergerak dalam perut". Bila buat ultrasound, baby dah cecah saiz 34 minggu. "Kak tak pergi buka buku, tak pernah scan. Anak ke 11 ni doktor." Sambung dia lagi. Haru. Tak tau nak marah ke nak sedih. Huu.
(Ini sekadar contoh, kisah 3 bulan lepas, dia dah dirujuk ke hospital pun) Rupanya, banyak orang tak tahu, pentingnya buka buku cek mengandung lebih awal.
Kita yang mana satu?
a)Tak tahu langsung
b)Tahu dan faham
c)Tahu, tapi tak jelas.
d)Tahu, tapi buat-buat tak tahu
(Kalau 'd', tak mau kawan ah! Haha)



Sebenarnya, bila dah disahkan mengandung, kita boleh terus pergi buka buku antenatal. Kalau anak sulung lagi teruja, kan?
"Nak tunggu baby besar sikit boleh?"
Boleh. Tapi sebaiknya mestilah sebelum atau pada 12 minggu kandungan.

Sebab apa kena buka buku awal (sebelum atau pada 12minggu)?
1)Dating scan diperingkat awal : untuk tentukan tarikh due date. Yang ni penting, terutam…

Vaksin Haji dan Umrah

Image
Di sini saya kongsikan sedikit tentang imunisasi wajib dan tambahan yang diperlukan bagi Jemaah Haji dan Umrah.
Imunisasi  wajib dan tambahan yang ada di Klinik Siti Tanjung Sepat, Klinik Siti Banting & Klinik Siti Taman Perwira.
Imunisasi wajib :-Vaksin Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) - mencegah jangkitan meningitisSuntikan wajib untuk semua jemaah haji - arahan pihak berkuasa ArabPerlu diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ke Tanah SuciDapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama tiga (3) tahunJika sebelumnya pernah mendapat vaksin yang sama, pastikan bahwa waktu pemberiannya tidak lebih dari tiga tahun sebelumnya. 2. Imunisasi tambahan/ pilihan Jangkitan saluran pernafasan sering berlaku di kalangan jemaah haji dan boleh menyebabkan komplikasi dan kematian.

Bakal jemaah haji dan umrah amat digalakkan mengambil suntikan Imunisasi pilihan ini untuk membina daya pertahanan badan melawan penyakit sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bakal jemaah …

Pasar Ikan Segar Bagan Lalang

Image
Ya ampun, senyum sampai telinga dapat tengok ikan segar. Ini merupakan 'plus point' dapat tinggal disini, cuma 5-7minit dari rumah. Banyak jenis pilihan ikan (eg; kerapu, jenahak, senangin, siakap, ikan merah, bawal, bawal emas) sotong, ketam, lala, pepahat dan lain-lain. Memang segar-segar baq hang!
Dari segi harga rasanya 'standard', tak murah mana. Yang sempat saya tengok tadi, bawal emas & bawal hitam rm32 sekilo. Kerapu rm40 sekilo. Tapi kan, lain perasaannya dapat makan ikan elok. 
Lain kali kami nak survey waktu nelayan sampai. Mana tahu dapat yang lebih murah lagi.

Disebabkan peti ais kami belum sampai dari Sg Petani, tak boleh nak simpan barang basah. Beli seekor ikan bawal emas je, cukup sekali masak untuk tengahari.






Bagaimana nak ke mari?
Kalau sampai di simpang masuk Pantai Bagan Lalang, waze Restoran Terapung HM Sri Bagan. Pasar ikan ni depan Restoran Terapung HM tu saja. Buka dari pagi sampai petang. . . . .


Kami dah cuba kerapu harimau tiga rasa di …

Pantai Bagan Lalang

Image
Jangan takut bermain lumpur.
_ Pantai Bagan Lalang ini, bermula tengahari hingga ke petang, airnya surut jauh dan akan pasang semula menjelang maghrib.
Nampaknya anak-anak boleh tahan lasaknya. Silap haribulan terus bermandi lumpur. Teruja mencari siput dan anak ketam. Niat sebenar nak mencari pepahat tapi pepahat tak pula jumpa.

Buat masa sekarang, setiap sabtu kami sekeluarga akan ke pantai. Mandi laut waktu pagi dan mencari siput pada sebelah petang.

Irfan si sulung


Alya yang kedua


Sofea si bongsu







Sebulan kami disini. Alhamdulillah, ternyata sabar itu ada manisnya. Gembira anak-anak, gembiralah saya.
- Pantai Bagan Lalang, Bagan lalang, Selangor

Date line

Image
Saya selalu berangan-angan mahu menjadi penulis, tetapi saya tidak ke depan. Dengan kata mudahnya saya penakut, tidak yakin dan takut menghadapi risiko.

Saya selalu berangan-angan mahu tulisan saya nanti dibaca anak-anak. Mungkin nanti suatu hari mereka akan rindu saya. Siapa tahu mereka bangga punya ibu yang ada buku tulisan sendiri.

Itu cuma angan-angan.



Hari ini,
Saya sedang mengejar date line, 15 hari dari sekarang. Semoga langkah pertama ini bakal bercambah mengeluarkan ranting baru dan bunga-bunga indah.


Doakan.

Find your inner light

Image
We all have dark days, black moods & anxious feelings.

Use writing in a journal to expose the darkness. you will find your inner light when you do.

Ultrasound 2D, 3D, 4D di Klinik Siti Tanjung Sepat

Image
Ramai yang bertanya bila waktu yang sesuai untuk buat scan mengandung?
Hari ni saya kongsikan sikit tentang perkhidmatan Ultrasound (scan) yang ada di Klinik Siti Banting dan Klinik Siti Tanjung Sepat dan anggaran waktu scan :-
1) Dating scan - untuk confirmkan kandungan dan tarikh EDD (estimated due date)  jika lewat period. 2) Antenatal check up - sekurang-kurangnya setiap trimester 3) Jantina baby - bermula dari usia kandungan 16minggu ke atas 4) Detail scan 2D - usia kandungan 20 hingga 25minggu 5) Scan 3D/4D kandungan - dari usia 26 hingga 32minggu kandungan 6) Scan bahagian abdomen - hati, usus, perut, pundi hempedu, limpa, saluran darah (aorta) 7) Scan sistem urinari : buah pinggang, pundi kencing, prostat\ 8) Scan bahagian pelvis / gynaecolocy (sakit puan) akan datang: 1) breast, thyroid ultrasound 2) HD LIVE ultrasound3) ultrasound therapy (sonotron)




Ultrasound 2D




Ultrasound 4D




nak tutup muka ye? hehe



Bila waktunya yang paling sesuai untuk antenatal check up dan buka buku (m…

Membesarkan anak hebat dengan susu ibu

Image
Bagi ibu-ibu yang mengandung & ibu yang menyusukan anak (terutamanya yang berkerja), saya suka sarankan mereka beli buku ni. Saya pun ada senaskah (beli di MPH) dan saya sayang bangat buku ni.
Awak, banyak kelebihannya bila kita mula mencari ilmu & info berkenaan breastfeeding sejak kita disahkan mengandung. Mudah-mudahan kita lebih bersedia, terutamanya bila berdepan dengan masalah dengan breastfeeding.
Dugaan setiap orang bukannya sama. Ada yang cuaca cerah hingga ke petang, ada yang hujan lebat sampai banjir air mata (sayalah tu) hehe.
Buku MEMBESARKAN ANAK HEBAT DENGAN SUSU IBU ini ditulis oleh Dr Faridah Idris yang juga merupakan Perunding Penyusuan yang bertauliah. Ada banyak fakta penyusuan yang dikongsikan dengan cara yang menarik dalam bentuk jadual berwarna serta langkah demi langkah yang jelas dan mudah difahami (boleh rujuk gambar untuk lihat topik-topik yang dibincangkan).

 Antara topik-topik yang dibincangkan Menarikkan?
Mencari info bukan setakat dengan buku sa…

Klinik Siti Tanjung Sepat

Image
Hari ini, Klinik Siti Banting sudah pun membuka cawangannya yang baru di Tanjung Sepat, Selangor. Insyaallah satu lagi cawangan baru akan dibuka di Telok Panglima Garang.
Selain memberi servis/perkhidmatan kesihatan (seperti dibawah), keistimewaannya, ia dikendalikan oleh doktor wanita muslim. jadi lebih mudahlah kalau kita ada masalah berkaitan sakit puan (senang nak berkongsi rahsia, kan?)







Antara perkhidmatan yang disediakan




Perkhidmatan ultrasound 2D,3D, 4D (berserta CD)





Bilik rawatan yang selesa




Ruang menunggu yang selesa dan berpenghawa dingin



Ruang mainan kanak-kanak




Ruang legar




Bilik konsultasi



Antara panel yang ada di klinik.


Alamat : -
Klinik Siti Tanjung Sepat No 41, jalan Tenggiri, taman Mutiara,  42800 Tanjung Sepat Selangor
tel: 03-31972246 / 019-2930690
Buka : 8am-11pm (buka setiap hari)



Bermula semula

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Hari ini saya buka semula blog lama yang dah 3 tahun saya tinggalkan.

Moga lepas ni ada banyak post-post yang bermanfaat.

Insyaallah.




# Semua post lama dari 2009-2014 telah saya padam. yang tinggal cuma satu post pada 2009, 

sebagai tanda kali pertama saya berblogging.