Posts

Showing posts from March, 2017

Teknik batuk buang kahak yang betul

Image
Saya hirup perlahan Hazelnut coffee panas, sambil teringat kisah pakcik tadi. Mukanya ketat. Dahinya berkerut. Sudah seminggu batuk. Berkahak banyak. Tetapi belum lagi ambil apa-apa rawatan. "Pakcik, tinggal dengan siapa? Saya nak tunjuk cara buang kahak. Ada orang dirumah nak bantu tak?" "Anak-anak saya kecil lagi dirumah". Dia mula larikan pandangan dari saya. "Isteri pakcik?""Isteri dah lari ikut lelaki lain".Kali ini dia pandang tepat ke mata saya.
Aduh. Terus saya hilang kata-kata.Terbantut niat yang tadinya nak tunjuk teknik 'clapping' atau tepuk-tepuk dada bahagian depan dan belakang.
"Maaf pakcik. Saya kongsi cara lain ya".Rasa bersalah pulak. Aduhai....Ini saya kongsikan sikit teknik pernafasan untuk bantu buang kahak (supaya kahak boleh keluar ke bahagian atas saluran pernafasan lalu mudah dikeluarkan) :
Duduk dalam keadaan tegak. Pastikan bahu dalam keadaan 'relax'.✅ Deep breathing.Tarik nafas dalam-dalam, sec…

Serunding Bilis Halia

Image
Ikan bilis ni nampak sahaja kecil, tapi kaya dengan mineral, omega 3 dan vitamin seperti vitamin A,D & E. Proses menghasilkan Serundung Bilis Halia ini, kami gunakan ikan bilis berkualiti dan bersih, yang sudah dibuang perut dan kepalanya. Nota : ikan bilis yang dimakan tanpa membuang perut dan kepala (bilis yang tidak dikopek) adalah tinggi kandungan kolesterolnya

Halia pula, dipilih dari halia muda, diparut halus bagi memudahkan mereka yang tak berapa gemarkan halia. Bila halus dan gebu, nak makan pun senang.

Boleh dimakan bagi ibu-ibu berpantang dan seisi keluarga. Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Nak makan dengan bubur pun sedap!

Boleh ke DAPOSERI untuk tempahan.p/s : Nama lainnya ialah serunding ikan bilis halia, serunding halia ikan bilis.


Sup kaki ayam

Image
Beruntunglah saya hari ni, dapat makan tengahari lauk masakan manager klinik, Eiyla Shamsuri​. Ada sup kaki dan rangka ayam yang sedap, siap sambal kicap dan ikan pekasam lagi tau!

Kawan-kawan,
Kalau nak tahu, kaki ayam dan tulang/rangka ayam ni juga boleh dijadikan 'bone broth' yang kaya dengan nutrien dan mineral. Bagus untuk sistem digestif/usus atau pencernaan. Selain tu ada kandungan glukosamin, kondroitin dan kolagen yang baik untuk sendi dan kulit.

Lepas ni pakat-pakat beli. Murah je awak, kaki ayam ni sekilo rm5. Boleh buat sup seperiuk besar.
Suka pula saya tengok mereka yang hasilkan stok ayam sendiri di rumah. Rebus guna slow cooker, biar semalaman. Boleh disimpan sejuk dan di jadikan 'bone broth gel' yang berkhasiat.

Contohnya seperti di sini.
Tapi jangan lupa, Cuci bersih sebelum masak.
Hee.
.
Kak Najwa,yang tertinggal slow cooker di Kedah.

Adab

Image
Cuaca panas membahang. Tengahari semalam baju saya tiba-tiba melekat bauan asap rokok. 
"Tengokkan ayah saya dalam kereta, dia tak boleh jalan"
Saya keluar dari klinik, melihat pesakit yang berada dalam kereta. Ayahnya duduk di bahagian depan, sebelah pemandu. Kurus dan kelihatan uzur. Katanya hujung kaki sakit dan kebas, tapi masih boleh berjalan. 
"Oh, maknanya pakcik boleh berjalan lagi ya?" Dia mengangguk. 
Mungkin dua anak lelakinya dah tak upaya membawa ayahnya masuk ke ruang klinik (atau sebenarnya malas)
Setelah diperiksa, saya kembali kepada dua anak lelakinya yang berdiri disebelah kereta. Niatnya mahu terangkan apa masalah penyakit pakcik.
Keduanya sedang merokok, dan dihembus pula ke saya.
Ya tuhan! Sungguh mereka ini orang yang tiada adabnya.



Serunding Bilis Halia

Image
Serunding bilis halia juga dikenali sebagai serunding halia ikan bilis. Sangat sesuai dimakan waktu dalam pantang. Ada rasa pedas-pedas halia dan rangup ikan bilis. Halia ni pula diparut halus. Sedap tau!
Paling best makan dengan nasi panas-panas! Campur dengan bubur nasi pun lazat! Bukan untuk orang berpantang saja, satu keluarga boleh makan.Diperbuat dari ikan bilis berkualiti. Produk homemade, bersih dan halal dari Daposeri. Tanpa MSG.Kami hasilkan serunding bilis halia setiap minggu dan tentunya ianya fresh untuk anda semua! Disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh tahan lama hingga ke 2 bulan.
Bagaimana nak order? Untuk pesanan, boleh hubungi : 0124350269.
Harga (tidak termasuk postage) : 200gram rm20 / 100gram rm10.
Penghantaran (FREE COD) sekitar Bagan Lalang, Sg Pelek, Taman Sepang Putra.
Postage menggunakan POSLAJU setiap hari bekerja.
Follow Instagram @daposeri







p/s : Resepi berpantang, serunding ikan bilis halia, serunding halia ikan bilis.





3D/4D/5D scan

Image
Cawangan baru Klinik Siti, Klinik Siti Taman Perwira, Telok Panglima Garang telah pun beroperasi. Yang menariknya, ada promosi 5D (full HD) scan disana sehingga akhir bulan Mac. Di Klinik Siti Tanjung Sepat dan Klinik Siti Bantingpun ada 3D/4D scan.
Boleh hubungi klinik untuk temujanji ya!
Klinik Siti Tanjung Sepat 019-293 0690 Klinik Siti Taman Perwira 03-3123 4030 Klinik Siti Banting 019-349 6710
p/s: Untuk makluman, waktu yang terbaik untuk jalani 3D/4D/5D scan adalah pada usia kandungan 26 - 32 minggu.



Saringan kesihatan di Sekolah Kebangsaan Tanjung Sepat

Image
Alhamdulillah, hari ini kami ke SK Tanjung Sepat pula untuk terusan Program Saringan Kesihatan Percuma untuk guru-guru.
Meriah kali ini. Seramai 30 orang guru-guru tak lepaskan peluang untuk buat pemeriksaan kesihatan. Penuh dengan usikan sesama guru, gelak dan tawa semua ada.

















Sambil buat pemeriksaan, disertakan juga serba sedikit konsultasi perubatan dan kesihatan. Terima kasih cikgu-cikgu semua. 
Cuaca panas terik hari ni. Selepas pemeriksaan tamat, kami disajikan dengan pisang tanduk goreng (sedap) dan ais sirap limau.
Sampai jumpa lagi ya!






Saringan kesihatan percuma untuk guru-guru

Image
Sejak dari awal pagi tadi saya dan Eiyla, staff Klinik Siti Tanjung Sepat sudah bersiap-siap ke SMK Batu Laut sempena Program Saringan Kesihatan Percuma, khas untuk guru-guru sekolah sekitar Tanjung Sepat, Selangor.
Program ini di bawah kelolaan Klinik Siti, bertujuan memberi pendidikan dan kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan saringan peringkat awal penyakit seperti diabetes dan hipertensi.
Disamping menjalankan saringan paras glukos (untuk diabetes mellitus) dan pemeriksaan tekanan darah, mana-mana kes yang perlukan pemantauan atau rawatan akan dirujuk terus ke klinik bagi tujuan rawatan seterusnya.





Sesampai kami disana disambut mesra oleh Cikgu Asnawi sambil terus tunjukkan kami bilik gerakan.






Harapan kami semoga guru-guru maklum mengenai status kesihatan mereka dan dapat jadikan pemeriksaan kesihatan ini sebagai rutin.



Terima kasih semua guru-guru SMK Batu Laut, khasnya Tuan Pengetua yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sepenuhnya.
Sampai jumpa lagi, Insyaallah.

Persoalan

Image
Mengapa manusia mula hilang rasa sensitifnya?



Kadang-kadang apa yang ku mahu hanyalah diam, memandang jauh ke hujung ufuk sana, melintasi akhir garisan laut mendengar nyanyian ombak dan tiupan angin
Memerhati sekeliling dengan hadir rasa bebas
Benarlah,  Hidup lebih cepat dewasa melalui pengalaman.

Sesuatu yang hilang

Image
Hari-hari kebelakangan,

Saya tak lagi banyak bicara.

Saya tahu dari diri saya, ada yang telah dicuri.



Langit Petang

Image
"Bukan jumlah buku yang dibeli itu penting, 
yang penting ialah sebanyak mana buku yang bermutu yang dibaca"



"Berapa ramai orang dalam dunia ini yang menyedari betapa singkatnya hidup, dan betapa pula kesingkatan itu perlu dipadukan oleh isi - oleh suatu matlamat.
(Langit Petang oleh A.Samad Said)


Buku Rahsia Bapa Viral Kebangsaan oleh Khairul Hakimin Muhammad ini saya beli,  jujurnya untuk belajar teknik-teknik dan gaya penulisan. Baru sahaja sampai ke tangan pagi tadi.




Healthy Happy Teacher

Image
Sebenarnya ramai juga antara cikgu-cikgu yang datang klinik mengadu keletihan, stress dan tinggi tekanan darahnya.
Ya kawan-kawan,Mendidik anak-anak ni bukan tugas yang mudah. Belum lagi cerita hal-hal sistem yang merumitkan. Ditambah pula dengan kerenah ibu bapa yang macam-macam.
Sebenarnya bidang pendidikan ni sangat dekat dihati saya kerana arwah emak dan arwah ayah keduanya cikgu.
Teringat saya, arwah emak dulu guru besar sekolah yang selalu sibuk dengan tugasan. Ada waktunya terlupa nak ambil ubat yang sepatutnya. Sehinggalah suatu hari emak diuji dengan strok pada waktu pagi waktu bersiap-siap mahu ke sekolah.
+ + + + +
Alhamdulillah, selepas di Sg Petani Kedah, hari ini saya berpeluang untuk teruskan Program Saringan Kesihatan percuma untuk cikgu sekolah di sekitar Tanjung Sepat, Selangor bersama-sama team Klinik Siti Tanjung Sepat. Terima kasih pada bos yang memberikan sokongan penuh. 😍😍😍

Harapan saya, cikgu-cikgu maklum tentang status kesihatan diri dan akan jadikan pemeri…